Covid19DuniaSemasa

COVID-19: Itali syor suntikan vaksin keempat

MILAN: Individu yang mempunyai sistem imun yang teruk, disyorkan untuk menerima suntikan vaksin mRNA keempat bagi menentang jangkitan COVID-19, menurut Kementerian kesihatan Itali.

Menurut kementerian tersebut, syarat untuk melaksanakannya adalah sekurang-kurangnya selepas tempoh 120 hari menerima dos penggalak yang diambil seseorang individu sebelum ini.

Mengulas lanjut, pesuruhjaya khas yang dilantik kerajaan untuk kecemasan COVID-19 juga akan menetapkan tarikh syor terbabit dikuatkuasakan berdasarkan keperluan kempen vaksin negara.

Mereka juga menyatakan, keputusan itu adalah berdasarkan situasi jangkitan yang masih tinggi dan keberkesanan yang ditunjukkan oleh suntikan penggalak dalam mencegah kematian berkaitan COVID-19 serta gejala yang memerlukan kemasukan ke hospital.

Itali mencatatkan 152,848 kematian akibat COVID-19 sejak ia dikesan pada Februari 2020, sekali gus meletakkan negara itu di tangga kedua tertinggi di Eropah, di belakang Britain dan kelapan tertinggi di dunia.

Negara juga sudah melaporkan 12.4 juta kes setakat ini.

– AGENSI

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button