Covid19DuniaSemasa

COVID-19: “Banyak varian baharu boleh wujud” – WHO

GENEVA: Varian Omicron yang dianggap sebagai pengakhiran bagi wabak COVID-19 disifatkan pandangan berbahaya.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata terdapat kemungkinan tahun ini menyaksikan peralihan daripada fasa sukar dalam pandemik COVID-19 sekiranya strategi tertentu seperti saringan dan vaksin digunakan secara terangkum.

Bercakap pada ucaptama mesyuarat Lembaga Eksekutif, Dr Tedros berkata, sejak Omicron dikesan kira-kira sembilan minggu lalu, dilaporkan lebih 80 juta kes positif COVID-19 berbanding kadar lebih rendah yang dicatatkan sepanjang 2020.

“Keadaan sangat sesuai untuk lebih banyak varian muncul,” katanya.

Dalam hal berkaitan, Dr Tedros menggesa seluruh dunia bagi menjalin kerjasama untuk keluar daripada fasa sukar pandemik, berteraskan ‘senjata’ sedia ada.

“Kita perlu bekerjasama untuk keluar daripada fasa sukar pandemik ini walaupun sudah masuk tahun ketiga dengan keadaan sangat kritikal.

“Oleh itu, kita tidak boleh biarkan ia berlarutan, tanpa panik dan tidak acuh,” katanya pada sidang media bersama Menteri Pembangunan Jerman, Svenja Schulze.

Dr Tedros hari ini berkata, Jerman adalah penyumbang terbesar, tanpa memberikan butiran lanjut secara terperinci.

Mengikut sejarah, Amerika Syarikat (AS) penyumbang kewangan terbesar kepada agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu. – REUTERS

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button