Semasa
Covid-19 : 9,066 kes baharu dilaporkan
PUTRAJAYA : Kes baharu jangkitan Covid-19 menunjukkan penurunan kepada empat angka iaitu sebanyak 9,066 kes dilaporkan hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia menjadikan kumulatif kes Covid-19 di negara setakat ini adalah 2,277,565 kes.
Sarawak masih kekal melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,418 kes, diikuti Selangor (1,000), Johor (981), Terengganu (827), Kelantan (796), Sabah (767) dan Kedah (670).
Manakala Perak mencatatkan 669 kes diikuti dengan Pahang (630), Pulau Pinang (620), Melaka (206), Kuala Lumpur (201) dan Negeri Sembilan (191).
Selain itu, Perlis pula merekodkan 66 kes dan Putrajaya 24 kes manakala Labuan sifar kes.