PUTRAJAYA : Kes penularan Covid-19 hari ini mencatatkan sebanyak 8,817 kes, iaitu kekal di bawah 10,000 sekaligus, menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini, 2,294,457.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata semua negeri menunjukkan peningkatan dalam jumlah kes jangkitan baharu.
Dilaporkan tiga daripadanya meningkat kepada empat angka.
Ujar beliau, Sarawak menjadi negeri tertinggi kes Covid-19 hariĀ ini dengan 1,361 kes, diikuti Selangor (1,348) dan Kelantan (1,063).
Selain itu, Johor (886), Sabah (805), Pahang (696), Kedah (576), Pulau Pinang (595), Perak (473), Terengganu (356), Melaka (246), Kuala Lumpur (217), Negeri Sembilan (122), Perlis (47), Putrajaya (23) dan Labuan (tiga).
Oleh Nurshazlin Shahrom