Covid19Semasa

COVID-19: Sekolah ditutup semula?

Selangor (79), Pulau Pinang (20) Negeri Sembilan (5)

BANGI: Sebanyak 79 sekolah di Selangor diarah ditutup sementara waktu mulai Isnin (26 April) dan hari ini berikutan peningkatan kes COVID-19 membabitkan kluster pendidikan yang dilaporkan Kementerian Kesihatan semalam.

Penutupan sekolah tersebut telah disahkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor dan berdasarkan senarai dikeluarkan pihak berkenaan, sekolah akan ditutup membabitkan kawasan Hulu Langat , Petaling Perdana, Klang, Petaling Utama, Sepang, Gombak, Hulu Selangor serta Kuala Langat.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor dalam satu edaran pekeliling menyenaraikan sebanyak 18 buah sekolah berada di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana, PPD Hulu Langat (19) dan PPD Klang (15). Turut diarahkan tutup ialah masing-masing sembilan bawah PPD Gombak dan Petaling Utama, lima melibatkan PPD Hulu Selangor, manakala PPD Kuala Langat dan PPD Sepang masing-masing merekodkan dua sekolah.

Dr Adham pada April 21 dipetik sebagai berkata, terdapat 53 kluster aktif dari sektor pendidikan dari 90 kluster yang dikesan sejak 1 Januari 2021.
Arahan penutupan sekolah di seluruh negara berkuat kuasa selepas institusi pendidikan merekodkan sejumlah 4,868 kes COVID-19 dari 1 Jan hingga 20 April 2021.

Sementara itu, di Pulau Pinang mencatatkan sebanyak 20 sekolah di negeri ini ditutup selama dua hari bermula pada hari ini ekoran positif kes COVID-19 yang telah dikesan di sekolah berkenaan.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Abdul Rashid Abdul Samad berkata, kesemua pelajar yang terlibat dengan sekolah berkenaan perlu belajar mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Manakala, lima sekolah di Negeri Sembilan pula telah diarah tutup berikutan terdapat kes Covid-19 dalam kalangan murid dan guru. termasuk sumber, lima sekolah itu termasuk dua daerah seremban dan batu kikir, Jempol, Port Dickson; serta Kuala Pilah.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Md Fiah Md Jamin ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Katanya, sekolah telah mengamalkan pematuhan SOP yang ketat, malah langkah-langkah keselamatan turut diambil bagi memastikan pelajar dan guru tidak dijangkiti.

Oleh ; Arif Ikhwan – Pelatih Fakulti Animasi, Teater dan Filem UiTM

Related Articles

Back to top button