Semasa
COVID-19 : 7,420 kes baharu
PUTRAJAYA : Malaysia merekodkan sebanyak 7,420 kes baharu COVID-19, hari ini.
Angka itu menurun sedikit berbanding 8,084 jangkitan baharu dilaporkan, semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu perkongsian melalui media sosial, berkata jumlah keseluruhan kes COVID-19 kini mencecah 2,377,033 jangkitan.
Oleh : A.Azfar