PUTRAJAYA: Kes harian Covid-19 hari ini masih dalam paras 6,000 ke atas apabila sejumlah 6,630 kes baharu dilaporkan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes harian ini menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 2,420,222 kes.
Sehingga 22 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,630 kes (2,420,222 kes):
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 22, 2021
Kes hari ini menyaksikan pertambahan individu yang berjangkit dengan virus itu di Malaysia berbanding semalam iaitu 6,210 kes.
Oleh Nurshazlin Shahrom