Covid19Semasa

COVID-19 : 5,725 kes baharu, tertinggi harian setakat ini – KP Kesihatan

Selangor mencatat negeri tertinggi

KUALA LUMPUR, 29 Jan — Buat pertama kali sejak penularan COVID-19 dikesan di negara ini,  jumlah kes harian menghampiri 6,000 apabila sebanyak 5,725 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas, iaitu kes harian tertinggi setakat ini.

Angka harian tertinggi sebelum ini ialah 4,275 kes yang dilaporkan pada 23 Jan lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu itu, 5,718 adalah penularan tempatan dan baki tujuh lagi merupakan kes import, membabitkan lima rakyat tempatan dan dua warga asing.

Selain itu, sebanyak 16 kematian dilaporkan dalam tempoh sama, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 733 kes, katanya menerusi akaun Twitter rasmi beliau hari ini.

“Pada masa ini terdapat 301 kes yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 115 memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

— BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button