PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kes baharu Covid-19 merekodkan penurunan pada Jumaat iaitu 5,551 berbanding 5,806 kes pada Khamis.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 dalam negara kini adalah sebanyak 2,649,578 kes.
Pada 3 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,551 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,649,578 kes.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP
Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam. pic.twitter.com/OSIyIuMgzP
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) December 3, 2021
Oleh Nurshazlin Shahrom