PUTRAJAYA : Kes jangkitan positif Covid-19 hari ini mencatatkan sejumlah 5,162 kes baharu di seluruh Malaysia.
Berdasarkan ciapan Twitter Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, perkembangan kes ini menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang dijangkiti wabak tersebut meningkat sebanyak 2,546,309 kes.
Pada 14 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,162 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,546,309 kes.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP
Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam. pic.twitter.com/l8XZsd7OGF
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) November 14, 2021
Oleh Nurshazlin Shahrom