KUALA LUMPUR : Kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini merekodkan sebanyak 3,229 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah jangkitan baharu itu menjadikan jumlah kes di Malaysia setakat ini sebanyak 2,817,163.
Menurutnya lagi, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my
Pada 19 Januari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 3,229 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,817,163 kes.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvUkWX
Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) January 19, 2022