Covid19Semasa

COVID-19 : 32,070 kes baharu dilaporkan semalam

PUTRAJAYA : Kes jangkitan baharu Covid-19 kekal melepasi paras tertinggi semalam iaitu sebanyak 32,070 dilaporkan sekali gus menjadikan kes kumulatif sebanyak 3,337,227 setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bilangan kes sembuh merekodkan sebanyak 23,332 kes semalam, yang menjadikan jumlah pesakit Covid-19 yang sudah pulih kini mencecah 3,018,172 kes.

“Daripada 32,070 kes harian yang dilaporkan pada 24 Februari, sebanyak 180 kes (0.56 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 31,890 kes (99.44 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Mereka terdiri daripada 8,216 kes (25.62 peratus Kategori 1; 23,674 kes (73.82 peratus) dalam Kategori 2; 95 kes (0.30 peratus) dalam Kategori 3; 46 kes (0.14 peratus ) dalam Kategori 4 dan Kategori 5 mencatatkan 39 kes (0.12 peratus),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button