PETALING JAYA : Sebanyak 30,644 kes baharu dengan 57 lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ia menjadikan jumlah kes kumulatif sebanyak 3,367,871 kes.
KKM memaklumkan daripada 57 jumlah kematian itu, 14 dikategorikan sebagai kes kematian di luar hospital (BID) dan angka keseluruhan kematian akibat Covid-19 kini berjumlah 32,591 orang.
Sementara itu, sebanyak 22,678 kes pulih direkodkan.
Johor melaporkan 14 kematian, diikuti Sabah (8), Perak (6), Kedah (5), Melaka (5), Selangor (5), Pahang (3), Terengganu (3), Kuala Lumpur (2), Perlis (2), Kelantan (1), Negeri Sembilan (1), Pulau Pinang (1) dan Sarawak (1).