Covid19Semasa

COVID-19 : 20,780 kes dilaporkan hari ini

PUTRAJAYA : Catatan kes Covid-19 di negara ini kembali naik melepasi angka 20,000 dengan 20,780 kes dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 sebanyak 1,320,547 kes.

Dr Noor Hisham berkata, kes harian di Selangor masih kekal dengan rekod kes tertinggi 5,740 kes diikuti Kuala Lumpur 2,065 kes, Johor (1,693), Kedah (1,534), Sabah (1,514) dan Pulau Pinang (1,385).

Negeri lain adalah Kelantan (1,284), Negeri Sembilan (1,015), Melaka (636), Sarawak (634), Terengganu (613), Pahang (585), Putrajaya (41), Perlis (29) dan Labuan (tiga).

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button