Semasa

COVID-19 : 18,815 kes baharu dilaporkan

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan (KKM) mencatatkan sebanyak 18,815 kes positif baharu COVID-19 setakat tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bilangan itu menjadikan kes positif keseluruhan di negara ini meningkat kepada 2,049,750 kes.

Menurutnya, Sarawak mencatatkan kes harian tertinggi hari ini dengan 3,660 kes, disusuli Selangor 2,718 kes baharu; Johor (2,206); Sabah (1,982); Pulau Pinang (1,777); Perak (1,446); Kedah (1,233) dan Kelantan 1,222 kes baharu.

Terengganu pula mencatatkan 814 kes; Pahang (712); Kuala Lumpur (493); Melaka (269); Negeri Sembilan (170) manakala tiga negeri serta wilayah mencatatkan kes dua angka iaitu Perlis (80); Putrajaya (22) dan Labuan dengan 11 kes.

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button