Semasa
COVID-19 : 18,762 kes baharu dilaporkan
PUTRAJAYA : Jumlah kes harian Covid-19 di negara ini menunjukkan penurunan iaitu sejumlah 18,762 kes dilaporkan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan ia menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,765,016 kes.
Dr Noor Hisham berkata, kes harian di Selangor masih kekal tertinggi dengan 3,711, disusuli Sabah dengan 2,430 kes, Kedah (1,585), Pulau Pinang (1,762), Johor (1,993), Kuala Lumpur (573), Kelantan (1,504), Perak (899) dan Sarawak, 2,414 kes.
Negeri lain adalah Melaka dengan 309 kes hari ini, Pahang (715) Terengganu (506) Negeri Sembilan (291) Perlis (33) Putrajaya (34) dan Labuan mencatatkan kes harian terendah, tiga kes.