COVID-19 : 18,688 kes baharu

PUTRAJAYA: Catatan kes COVID-19 di negara ini menunjukkan sedikit penurunan dengan 18,688 kes dilaporkan hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 sebanyak 1,262,540 kes.
Dr Noor Hisham berkata, semua negeri mencatatkan pertambahan kes dengan Selangor melaporkan kes tertinggi iaitu sebanyak 6,565 kes diikuti Kuala Lumpur dengan 1,833 kes, Kedah (1,610), Sabah (1,379), Johor (1,308) dan Negeri Sembilan (1,140).
Kelantan pula mencatatkan 870 kes baharu, Perak (861), Pulau Pinang (694), Pahang (602), Terengganu (598), Sarawak (581), Melaka (526), Putrajaya (63), Perlis (enam) dan Labuan (dua), katanya menerusi hantaran Facebook, hari ini.
Oleh : A.Azfar