Semasa

COVID 19 : 18,547 kes baharu dicatatkan

Kuala Lumpur: Kes baharu Covid-19 di negara ini meningkat kepada 18,547 kes berbanding 17,352 kes yang dicatatkan semalam.

Sarawak kekal menjadi negeri mencatat kes harian paling tinggi iaitu 3,200 kes berbanding Selangor iaitu 2,407 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 negara setakat ini adalah 1,880,734 kes.

“Johor menjadi negeri ketiga tertinggi iaitu 2,174 kes diikuti Sabah (2,107); Pulau Pinang (1,776) dan Kedah (1,487).

“Selain itu, Kelantan juga mencatatkan kes baharu empat angka iaitu 1,458 kes diikuti Perak (1,197); Pahang (742); Terengganu (645); Kuala Lumpur (631); Melaka (448) dan Negeri Sembilan 229 kes,” katanya hari ini.

Menurutnya, Perlis dan Putrajaya mencatatkan kes dua angka iaitu masing-masing 20 dan 22 kes manakala Labuan merekodkan empat kes.

Oleh : A.Azfar

Related Articles

Back to top button