Covid19Semasa

COVID-19 : 17,236 kes baharu dicatatkan hari ini

PUTRAJAYA : Catatan kes Covid-19 di negara ini menunjukkan sedikit penurunan dengan 17,236 kes dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 sebanyak 1,279,776 kes.

Dr Noor Hisham berkata, kes harian di Selangor merekodkan sedikit penurunan berbanding minggu lalu dengan 5,740 kes diikuti Kuala Lumpur 1,567 kes, Kedah (1,328), Sabah (1,247), Johor (1,232) dan Negeri Sembilan (1,215).

Negeri lain adalah Perak (935), Kelantan (914), Pulau Pinang (908), Pahang (604), Sarawak (589), Terengganu (501), Melaka (360), Putrajaya (66), Perlis (22) dan Labuan (lapan).

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button