Covid19Semasa

COVID-19 : 17,150 kes baharu

PUTRAJAYA : 17,150 kes  baharu COVID-19 dicatatkan negara hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,130,422 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat lima negeri mencatatkan kes empat angka hari ini.

Negeri berkenaan ialah Selangor dengan 6,326 kes, diikuti Kuala Lumpur (2,086), Kedah (1,511), Johor (1,045), dan Sabah (1,002).

Negeri Sembilan dengan 809 kes, Pulau Pinang (752),Perak (693), Melaka (686), Pahang (676), Sarawak (578), Kelantan (459), dan Terengganu (429).

Putrajaya dengan 72 kes baharu, Perlis (21) dan Labuan (lima), katanya menerusi Facebook, hari ini.

Rakyat terus diingatkan supaya terus melakukan kawalan kendiri supaya negara bebas dari Covid-19.

Oleh : A.Azfar

Related Articles

Back to top button