Semasa

Covid-19 : 15,759 kes dilaporkan

KUALA LUMPUR : Jumlah kes harian Covid-19 hari ini menunjukkan sedikit penambahan iaitu sebanyak 15,759 kes dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tambahan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif Covid-19 di Malaysia mencapai 2,127,934 kes.

Menurutnya, Sarawak kekal sebagai negeri yang mencatat kes harian tertinggi dengan 3,732 kes hari ini.

Ia diikuti Johor, berjumlah 1,959 kes, Selangor (1,934), Pulau Pinang (1,417), Kelantan (1,338), Sabah (1,291) dan Perak (1,184).

Manakala negeri seperti Kedah pula merekodkan 786 kes, Pahang (707), Terengganu (592), Kuala Lumpur (359), Melaka (264) serta Negeri Sembilan (127).

Tiga negeri mencatat kes dua angka iaitu Putrajaya dengan 34, Perlis (23) dan Labuan (12).

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button