Semasa

Covid-19 : 15,669 kes baharu dilaporkan

SHAH ALAM : Kes harian Covid-19 terus mencatatkan penurunan apabila merekodkan 15,669 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia menjadikan jumlah kumulatif kini adalah sebanyak 2,011,440 kes.

Selangor dilihat kembali mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 2,632 kes mengatasi Sarawak (1,983), Johor (1,974), Sabah (1,784), Pulau Pinang (1,651), Kelantan (1,406) dan Kedah (1,207).

Manakala kes di negeri lain yang mencatatkan kes bawah 1,000 ialah Perak dengan 856 kes, Pahang (763), Terengganu (483), WP Kuala Lumpur (411) dan Negeri Sembilan (143).

Sementara itu, tiga negeri mencatatkan kes di bawah 100 iaitu Perlis dengan 30 kes, WP Putrajaya (14 kes) dan WP Labuan sebanyak tiga kes dilaporkan.

Oleh Hafeez Anuar

 

Related Articles

Back to top button