Semasa

Covid-19 : 14,345 kes dilaporkan hari ini

KUALA LUMPUR : Jumlah kes baharu Covid-19 mencatatkan penurunan dengan 14,345 kes direkodkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes 2,112,175 direkodkan setakat ini.

Dr Noor Hisham berkata, Sarawak kekal merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 3,611 kes diikuti Johor (1,598) Selangor (1,365) Sabah (1,255 kes) Pulau Pinang (1,170 kes) Perak (1,090) Kelantan (1,050 kes) Kedah (967 kes) dan Terengganu dengan 804 kes.

Selain itu, Pahang mencatatkan 779 kes, Kuala Lumpur (307) Melaka (162) Negeri Sembilan (125) Perlis (51) Putrajaya (11 kes) dan Labuan kekal dengan sifar kes seperti semalam.

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button