Semasa

COVID-19 : 12,434 kes dilaporkan hari ini

PUTRAJAYA: Kes harian jangkitan Covid-19 masih menunjukkan sedikit peningkatan iaitu sebanyak 12,434 kes dilaporkan hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan wabak itu mencecah 2,232,960 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah kes yang dilaporkan hari ini, sebanyak 2,967 direkodkan di Sarawak disusuli dengan Selangor dengan 1,362 kes, Johor (1,289) dan Kelantan (1,125).

Manakala, Sabah (1,000); Pulau Pinang (863); Kedah (652); Perak (971); Pahang (663); Terengganu (612); Melaka (375); Kuala Lumpur (284); Negeri Sembilan (169); Putrajaya (18), Perlis (79) dan lima kes baharu dilaporkan di Labuan.

Oleh Hafeez Anuar

 

Related Articles

Back to top button