KUALA LUMPUR : Sejumlah 11,889 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia menjadikan kumulatif kes Covid-19 di negara setakat ini adalah 2,257,584 kes.
Sarawak merekodkan jangkitan kes tertinggi dengan 2,413 kes. Disusuli Selangor dan Johor melebihi 1,000 kes iaitu masing-masing 1,568 dan 1,217 kes.
“Negeri lain turut mencatatkan peningkatan kes iaitu Perak (959); Sabah (872); Kelantan (858); Pahang (831); Pulau Pinang (779); Kedah (710); Terengganu (699); Melaka (378); Kuala Lumpur (289); Negeri Sembilan (197); Perlis (81); Putrajaya (36) dan Labuan dengan dua kes baharu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sehingga 1 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 11,889 kes (2,257,584 kes).
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 1,568 (679,230)
Sarawak – 2,413 (212,037)
Sabah – 872 (198,845)
Johor – 1,217 (197,062)
WPKL – 289 (186,349)
Kedah – 710 (135,545)— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 1, 2021
Oleh Nurshazlin Shahrom