Covid19Semasa

Covid-19 : 1 lagi kes maut dari Kluster Tawar

Catat kes kematian 3 hari berturut-turut

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) merekodkan satu lagi korban COVID-19, hari ini, iaitu kes kematian tiga hari berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes kematian ke-128 (kes ke-9,174) membabitkan seorang perempuan rakyat tempatan, berusia 80 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit barah paru-paru dan darah tinggi.

Katanya, pesakit berkenaan antara kes positif yang dilaporkan pada 15 Ogos dalam Kluster Tawar.
“Beliau mula mengalami gejala demam dan sakit dada sejak 6 Ogos lalu dan dimasukkan ke sebuah pusat perubatan.
“Pada 14 Ogos lalu, beliau dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang, selepas didapati positif COVID-19.

 

“Keadaan kesihatannya merosot dengan komplikasi daripada penyakit barah. Justeru, memerlukan bantuan pernafasan sejak 24 Ogos lalu, sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 10.38 pagi tadi,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di Putrajaya hari ini.

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button