GENEVA : Sejumlah 1 billion dos berjaya dibekalkan menerusi skim global yang dirangka bagi memastikan akses adil vaksin Covid-19, Covax.
Pembangunan COVAX dengan objektif memastikan negara miskin mendapat akses kepada vaksin bagi menangani pandemik berkenaan merupakan kerjasama antara Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Persekutuan Vaksin GAVI, dan Gabungan Inovasi Kesiapsiagaan Epidemik (CEPI) pada 2020.
#COVAX has delivered its first billionth dose of #COVID19 vaccines to 144 countries & territories across the world. It’s a key milestone in the largest and most rapid global vaccine rollout in history but the world stands at yet another crossroads in our fight against COVID-19. pic.twitter.com/UdFLRguZT5
— Seth Berkley (@GaviSeth) January 15, 2022
“COVAX telah mengedarkan sejumlah 1 bilion dos pertama vaksin COVID-19 ke 144 negara dan wilayah di seluruh dunia.
“Ia adalah peristiwa penting dalam pengedaran vaksin global terbesar dan paling pantas dalam sejarah.
“Saya dengan rasa rendah hati dan bangga kerana dapat capai sejauh ini untuk melindungi semua orang dan menyelesaikan ketidaksamaan vaksin,” kata Ketua Eksekutif GAVI, Seth Berkley dalam ciapannya di Twitter.
COVAX mencecah edaran vaksin 1 bilion kurang daripada setahun selepas menghantar dos vaksin pertamanya pada penghujung Februari lalu ke Ghana.
Pada penghujung Disember, Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus menggesa semua orang membuat “azam tahun baharu” untuk menyokong kempen memvaksin 70% penduduk negara menjelang awal Julai.
-AGENSI