KUNMING : Pihak berkuasa di daerah Yunnan memindahkan lebih daripada 150,000 penduduk untuk mengelakkan konflik antara manusia dan kawanan gajah berdasarkan kenyataan seorang pegawai tempatan pada Isnin lalu.
Dilaporkan,14 gajah jenis Asia liar berkeliaran selama hampir setahun setengah dalam kawasan tersebut.
Menurut Ketua petugas di Ibu Pejabat daerah Yunnan, Wan Yong ketika sidang media Ahad lalu, sekumpulan gajah dilihat menyeberangi Sungai Yuanjiang menuju ke arah selatan.
Wan Yong berkata lebih 25,000 pegawai dan kakitangan polis ditugaskan memantau pergerakan gajah yang berpindah dengan menggunakan beberapa kenderaan dan drone serta 180 tan makanan disediakan bagi memandu gajah untuk berhijrah.
Tambah beliau, kini kawanan gajah berada dalam keadaan stabil.
Kira-kira 17 bulan kumpulan gajah tersebut meninggalkan kawasan habitat asal di Wilayah Otonomi Xishuangbanna Dai Yunnan selatan.
Gajah Asia liar merupakan spesis hutan hujan yang berada di bawah perlindungan negara China dengan jumlah populasi yang meningkat sehingga 300 ekor gajah kini berhijrah ke daerah Yunnan.
-XINHUA
Diterjemah oleh Nurshazlin Shahrom