DomestikSemasa

CDERT MAPIM dan APM Pahang laksana Misi Prihatin Pra Ramadan di Ulu Tembeling

JERANTUT : Menjelang Ramadan yang tiba dalam masa beberapa hari lagi, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengambil kesempatan bagi mempergiatkan kerja-kerja menyantuni ummah.

Hari ini, Civil Defence Emergency Response Team Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (CDERT MAPIM) bersama dengan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang telah ke negeri Pahang di kawasan Ulu Tembeling bagi melaksanakan program khas Misi Prihatin Pra-Ramadan MAPIM.

Menurut Setiausaha Agung MAPIM Malaysia, PPj Bersekutu (PA) Zulhanis Zainol kawasan yang terlibat dalam program ini adalah Kampung Bantal yang terletak di Jerantut.

“Sempena menyambut Ramadan ini kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan APM Pahang untuk memberikan bantuan kepada penduduk di Kampung Bantal ini, kami telah menyumbangkan sebanyak 350 kotak makanan berserta 400 naskah Al-Quran.

Difahamkan, mereka juga adalah mangsa yang terkesan akibat banjir baru-baru ini dan kehadiran kami hari ini adalah untuk menyantuni mereka hasil dari sumbangan oleh rakyat Malaysia sendiri,” tambahnya.

Dalam pada itu, wartawan Ummah Today turut sempat menemu bual Pengarah APM Pahang, Kolonel (PA) Che Adam Abdul Rahman yang memaklumkan sebanyak tiga kampung yang terlibat iaitu Kampung Gusai, Kampung Bantal dan Kampung Kuching.

“Kita santuni penduduk di Kampung Bantal ini yang dianggarkan 250 isi rumah yang terlibat di mana kita tahu sebahagian besar mereka adalah dari golongan B40 kita santuni untuk mengimarahkan berkat bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.

“Jadi saya harap bantuan MAPIM dengan kerjasama APM ini dapat memberikan kebaikan dan manfaat untuk melestarikan kesiapsiagaan atas nama Keluarga Malaysia kita,” katanya.

Tambahnya, MAPIM merupakan sebahagian dari keluarga APM juga dari segi CDERT, oleh itu pihak APM membantu untuk melancarkan dan mencari jalan bagi mengenal pasti tempat mana yang sesuai bagi menyalurkan bantuan di kawasan pendalaman negeri Pahang ini.


AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button