DomestikEkonomiSemasa

Cadang beku akaun suami jika culas bayar nafkah

Putrajaya – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) mencadangkan untuk membekukan akaun Tabung Haji (TH) milik suami dan bekas suami yang culas membayar nafkah kepada anak-anak.

Ketua Pengarah JKSM, Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar yang juga Ketua Hakim Syarie menyatakan beliau sedang mengatur pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Amrin Awaluddin berhubung cadangan tersebut.

“Pertemuan ini adalah untuk melihat cadangan seterusnya bagaimana akaun TH suami dan bapa yang ada hutang nafkah kepada isteri dan anak-anak supaya boleh dibekukan untuk diselesaikan terlebih dahulu

“Kita hendak memastikan suami dan bapa ini apabila pergi menunaikan ibadah haji, selesaikan dahulu hutang. Tak boleh pergi haji jika masih berhutang apatah lagi (hutang) dengan orang yang hampir dengan kita,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Tambahnya lagi, langkah tersebut diambil untuk membantu isteri yang mempunyai suami yang zalim dalam menunaikan hutang nafkah terlebih dahulu kepada anak-anak dan isteri.

Mengulas lanjut, Mohd. Na’im berkata, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada masa depan untuk menyiasat saham yang dimiliki suami atau bekas suami yang culas.

-Agensi

Oleh Azrina Amri – Wartawan Pelatih Ummah Today 

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button