Semasa

Cabaran menjadi tetamu Allah ketika musim pandemik Covid-19

SEPANG : Setelah hampir dua tahun umat Islam terpaksa melupakan hasrat untuk menjalankan ibadah umrah berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara, akhirnya kerajaan Arab Saudi telah membuka semula pintu kepada jemaah luar.

Pelaksanaan rukun Islam ke-5 itu tidak berubah dari segi hukum hakamnya namun dengan keadaan sekarang cara pelaksanaannya tidak lagi sama dahulu dengan kewujudan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Peluang rakyat Malaysia untuk menjadi tetamu Allah ketika musim Covid-19 ini merupakan satu ujian susulan syarat untuk melangkah masuk ke negara itu yang ketat ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

Lengkap menerima dua vaksin tidak menandakan seseorang itu layak untuk menjejakkan kaki ke tanah suci itu apabila jenis vaksin juga diletakkan sebagai salah satu syarat.

Memetik laporan MalaysiaGazette, daripada 25 orang yang sepatutnya melakukan ziarah ini, hanya 11 sahaja yang dapat peluang ke sana kerana Riyadh menetapkan syarat hanya mereka yang menerima suntikan vaksin Pfizer dan Astra Zaneca sahaja dibenarkan.

Dos penggalak diperlukan bagi yang menerima suntikan vaksin jenis Sinovac mahupun Sinopharm dan lain-lain, namun tempoh suntikan ketika mempunyai tempoh matangnya.

Dalam pada itu, kerajaan Arab Saudi sentiasa memantau jemaah yang melaksanakan ibadah umrah melalui penggunaan aplikasi Tawakalna dan I’tamirna.

Walau bagaimanapun, masih ada sinar harapan buat hamba Allah yang sudah memasang niat untuk mengerjakan rukun Islam ke-5 susulan pengumuman penambahan slot umrah dari 60,000 sehari dibenarkan tetapi kini dinaikkan ke 100,000.

 

 

 

Related Articles

Back to top button