BanjirSemasa

BANJIR : Bumi Kelantan dinaiki air

MAPIM Rangers melakukan gerak kerja awal bagi membantu mangsa banjir

RANTAU PANJANG : Situasi banjir di Kelantan dilihat semakin  buruk apabila jumlah mangsa bertambah kepada 2,044 mangsa berbanding 881 orang.

Ia susulan hujan lebat berterusan sejak semalam yang menyebabkan air Sungai Golok naik dalam masa singkat sehingga mencecah 10.42 meter melepasi paras bahaya sembilan meter.

Penduduk Kampung Bendang Besar Jedok, Tanah Merah, Fatihah Najwa, 22,  beliau berkata keadaan air di sekitar rumahnya kini mencapai paras dada.

“Perkara sebegini sudah biasa berlaku, jadi pada kami banjir ini tidaklah teruk. Tiap tiap tahun pasti akan ada banjir yang berlaku. Kami sudah lali. Air Sungai Golok kali ini naik terlalu mendadak dan ia sangat luar biasa kerana berlaku pada penghujung Februari.

Walaupun rumah kami berada agak tinggi, tapi jalan keluar untuk ke pekan sudah terputus. Jadi kami sekeluarga tidak boleh membeli apa-apa barang dapur.”

Menurut Ketua MAPIM Rangers Malaysia cawangan Kelantan, Aiman Firdaus Awang yang kini sudah berada di Rantau Panjang, tinjauan sekitar kawasan banjir di Rantau Panjang menunjukkan air masih lagi naik dan tiada sebarang tanda untuk surut.

“Usaha pihak MAPIM Rangers buat masa ini untuk membuat tinjauan awal bagi mengesan seberapa banyak mangsa yang terkesan di sini. Rata-rata penduduk sudah pun dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang berhampiran.

Antara gerak kerja awal MAPIM Rangers adalah dengan menyediakan makanan panas kepada mangsa banjir disini.”

Setakat jam 10:30 malam, hujan masih lagi lebat dan keadaan semakin mencemaskan, tambah beliau.

————————————————————————————————————–
#365hariuntukummah

MAPIM MALAYSIA menjemput sahabat dermawan untuk sumbangan berbentuk kewangan dan juga barangan untuk dapat kami segera bantu salurkan kepada mangsa-mangsa banjir di 7 negeri.

Sumbangan kewangan boleh di infaqkan menerusi:

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

Manakala Bantuan berupa barangan seperti beras, kicap, tepung, air minuman, perkasan rumah yang baru, tilam, bantal dan lainya boleh dihantar terus ke MAPIM Central Warehouse di Sepang, Selangor dengan menghubungi talian hotline MAPIM MALAYSIA

1300-888-038
atau
whatapps di +60128002016

Related Articles

Back to top button