Bukan sahaja di Gaza, rakyat Palestin di Malaysia juga dibantu MAPIM
Kagum dengan cara MAPIM permudah bantuan
BANGI : Dalam kesibukan masyarakat dunia meninjau isu kemanusiaan yang semakin merudum di bumi Palestin, segala bantuan dihulurkan bagi memberi semangat kehidupan kepada saudara yang tertindas. Namun, kadang kita teralpa nasib minoriti warga Palestin yang berteduh di tanah berdaulat ini.
Sameer, 41, berasal dari Gaza merupakan seorang warganegara Palestin yang berhijrah ke Malaysia tatkala tempat kelahirannya berada dalam ancaman bahaya. Serangan rejim Zionis yang tidak ada penghujungnya membuatkan Sameer tekad untuk mencari tempat berlindung bagi meneruskan kehidupan.
Pada tahun 2003, kisah hidup beliau bermula apabila usianya baru sahaja mencecah 23 tahun, Sameer nekad berpindah ke negara jiran, Jordan dan menetap di sana selama setahun. Tidak lama selepas itu, beliau tinggal sementara di Dubai sebelum datang ke Malaysia.
Perancangan Allah itu cukup cantik apabila Sameer bertemu jodoh dengan seorang wanita Malaysia dan dikurniakan dua cahaya mata.
Walaubagaimanapun, sebagai ketua keluarga Sameer akui berdepan dengan pelbagai cabaran. Hidup di Malaysia ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Khamis (3 Jun 2021), dalam usaha MAPIM menjalankan kempen Tabung Kilat Gaza, tidak ketinggalan buat saudara Palestin yang menetap di Malaysia.
Sameer antara rakyat Palestin yang terpilih menerima sumbangan dari MAPIM Malaysia bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung, lebih-lebih lagi ketika pasca pandemik COVID-19 ini.
Sumbangan diberikan dalam bentuk satu kotak bantuan keperluan asas, wang ringgit dan tajaan membeli-belah di Pasaraya Merhaba.
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Agung MAPIM, Mejar Bersekutu (PA), Zulhanis Zainol, yang turut hadir bersama meraikan keluarga Sameer, juga memberi semangat kepada keluarga ini.
 “Sudah pasti kesempitan yang dihadapi saudara kita di Gaza, turut dirasai oleh Sameer yang turut bekerja mencari nafkah untuk keluarganya. Hari ini Wisma MAPIM Malaysia terpanggil untuk menyantuni keluarga ini dan serahkan bantuan, juga membawa mereka membeli-belah di Pasaraya Merhaba.” – Mejar Bersekutu (PA), Zulhanis Zainol/ Setiausaha Agung MAPIM
Sementara itu, Sameer memuji dan kagum dengan MAPIM kerana urusan permohonan bantuan beliau selebum ini dipermudahkan.
Ketika Sameer ditemu bual, kelihatan wajahnya tampak teruja dan bersyukur dengan segala bantuan yang diterima oleh organisasi ini.
“Saya pilih MAPIM sebab saya tahu MAPIM merasai kesusahan orang. Pada masa yang sama, mereka mampu memudahkan apa-apa proses perihal kemanusiaan.” – Sameer
Sameer turut berharap agar MAPIM terus berjaya dalam melaksanakan kerja-kerja kemanusiaan dan mendoakan agar masyarakat Malaysia sentiasa dimurahkan rezeki.
Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) – Nurshazlin Shahrom
_____________________________
MASA UNTUK BERTINDAK !
Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda. MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.
MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia