DuniaSemasa

Budaya kerja 996 di China yang merosakkan pekerja

dibantah tetapi tetap dilaksanakan

BEIJING : Jadual kerja ketat di China yang dikenal sebagai ‘996’ disalahkan kerana merosakkan keseimbangan antara hidup dan kerja, dan menyebabkan stres yang tidak perlu.

Budaya ini bahkan dikatakan telah menjadi punca pekerja di beberapa perusahaan teknologi terkemuka China meninggal dunia.

Insider menulis, aturan yang tidak tertulis daripada pelbagai tempat kerja di China ini diperjuangkan oleh para pemimpin teknologi, dan dikecam oleh pekerja dan aktivis sejak bertahun-tahun lamanya.

Ia adalah jadual kerja yang memaksa pekerja untuk bekerja dari jam 9 pagi sampai jam 9 malam, enam hari seminggu. Ini menjadi perkara biasa di perusahaan teknologi dan startup China.

Walaupun praktik ini secara teknikal dilarang oleh undang-undang China, banyak perusahaan masih melaksanakan waktu kerja ini secara tidak rasmi atau rasmi.

“Kerja lebih masa sekarang adalah normal,” kata seorang blogger di Weibo, platform media sosial China yang mirip dengan Twitter.

“Yang lebih menakutkan adalah begitu ramai anak muda yang sudah terbiasa dengan ini, dan tidak berani membantahnya. Sebab mereka tahu kalau melakukannya (bantahan), itu akan sia-sia.”

Bagi eksekutif muda, jadual kerja yang padat bererti lebih penat dan sedikit waktu untuk perkara asas seperti tidur, seks, dan kehidupan peribadi, menurut South China Morning Post.

Sebuah kumpulan aktivis membina projek ‘996.ICU’ di Github pada awal 2019. Melalui projek ini para aktivis memberikan contoh kerja lebih masa yang tidak masuk akal dan syarikat yang disenarai hitamkan kerana terlibat dalam praktik tersebut.

Ada juga yang memasukkan syarikat ke senarai putih dengan jam kerja yang lebih manusiawi, menurut laporan Reuters.

Kehebohan atas ‘996’ kembali muncul pada Disember 2019, selepas seorang wanita berusia 22 tahun yang bekerja di Pinduoduo, sebuah syarikat e-commerce, pengsan dan meninggal di jalan Urumqi, China.

Wanita itu baru pulang kerja pada pukul 1.30 pagi. Dia dilihat sebagai korban daripada budaya kerja berlebihan yang ekstrem, dan kemarahan mula tercetus di media sosial China.

“Cara kerja ini sangat bahaya untuk tubuh manusia, kami telah mendengar banyak berita tentang kematian akibat kerja lebih masa dalam beberapa tahun terakhir, tetapi sistem yang cacat ini masih berjalan,” kata seorang blogger.

“Kita tidak boleh tidak mempersoalkannya, apakah benar-benar layak menukar hidup kita dengan wang?”

Tetapi di China sendiri, ramai CEO teknologi yang mendukung jadual itu.

CEO Alibaba Jack Ma, yang bangkit daripada kemiskinan menjadi antara orang terkaya di China, adalah pendukung 996 yang paling bersemangat.

Jack Ma mengatakan jadual yang padat sebagai ‘berkah besar’ bagi para profesional muda.

“Kalau anda menemukan pekerjaan yang anda suka, 996 tidak jadi masalah,” katanya. “Jika anda tidak ghairah tentang hal itu, setiap minit kerja adalah seksaan.”

Richard Liu, CEO syarikat e-niaga China JD.com, setuju dengan pernyataan Ma. Dia berkata di feed WeChat-nya, “pemalas bukan saudaraku!”

Bukan hanya para pemimpin China yang mempertahankan jam kerja yang panjang.

Elon Musk percaya orang yang mahu membuat dampak pada dunia harus bekerja 80 hingga 100 jam seminggu. Menurutnya, “tidak ada yang pernah mengubah dunia dengan 40 jam seminggu.”

Namun Business Insider melaporkan, menurut penelitian minggu kerja yang lebih pendek seringkali lebih produktif.

Ini kerana manusia akan sulit berkonsentrasi pada tugas mereka selepas berjam lamanya bekerja. Kurang tidur juga telah dikaitkan dengan barah, penambahan berat badan dan masalah memori. — KOMPAS

Related Articles

Back to top button