ATLANTA: Angkatan Pengganas Israel (IDF) memohon maaf di atas kematian wartawan Al Jazeera, Shireen Abu Akleh, iaitu genap setahun pemergiannya selepas peluru menembusi belakang kepalanya ketika mengadakan liputan penguasaan tentera zionis di Jenin, Tebing Barat.
Ini merupakan permohonan maaf pertama kali dibuat oleh IDF di atas kejadian pembunuhan wartawan terkenal itu sambil mengakui besar kemungkinan Shireen ditembak oleh tentera israel.
Permohonan maaf itu dikemukakan jurucakap IDF, Rear Adm. Daniel Hagari, dalam wawancara bersama hos CNN, Eleni Giokos dalam program Connect the World yang disiarkan pada Khamis.
A watchdog group says the @IDF took no accountability for journalists it killed, which it estimates to be at least 20. Director of Special Projects at @pressfreedom @RobertMMahoney says no one has been prosecuted in two decades. “Impunity is a cancer on independent journalism.” pic.twitter.com/F2WIdITb2O
— Connect the World (@CNNConnect) May 9, 2023
“Saya fikir ini adalah kesempatan terbaik untuk saya menyatakan bahawa kami sangat kesal dengan kematian Shireen Abu Akleh,” katanya.
“Beliau (Shireen) merupakan wartawan yang sangat terkenal. Di israel kami menghargai demokrasi dan dalam sebuah demokrasi, kami melihat betapa tingginya nilai kewartawanan dan kebebasan media“.
“Kami inginkan wartawan berasa selamat di tanah haram israel, terutama dalam masa perang walaupun mereka mengkritik kami,” tambahnya lagi.
Menurut CNN, IDF tidak mengambil tanggungjawab terhadap wartawan yang dibunuhnya malah dianggarkan sekurang-kurangnya 20 wartawan menjadi mangsa keganasan tentera rejim.
Pengarah Projek Khas Kebebasan Akhbar, Robert M Mahoney berkata tiada sesiapa dikalangan zionis telah didakwa dalam tempoh dua dekad dan ini menjadikan kesan barah pada kebebasan media.
May 11th, 2022
The day when the lsraeli occupation forces assassinated journalist Shireen Abu Aqleh while on duty. Not only did they clearly target her while she was having her press vest on, but also attacked her funeral in perhaps the most inhuman action ever committed. pic.twitter.com/juuU8aQgpE— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) May 11, 2023
Pada 11 Mei tahun lalu, Shireen terbunuh dalam serangan yang berlaku sekitar pukul 6:30 pagi. Ketika insiden berkenaan, Shireen bersama-sama sepasukan wartawan lain sedang berdiri di pintu masuk kem pelarian di Jenin.
Kesemua wartawan yang berada di situ bagi mengadakan liputan serangan tentera rejim mengenakan jaket (vest) biru iaitu pengenalan diri mereka sebagai pengamal media.
Shireen yang berdarah Palestin-Amerika berusia 51 tahun ketika itu.