Brunei lanjutkan tempoh penggantungan sementara rentas sempadan dengan Malaysia
BANDAR SERI BEGAWAN: Pejabat Perdana Menteri Brunei mengumumkan penggantungan sementara aktiviti rentas sempadan antara Brunei dan Malaysia dilanjutkan selama 15 hari lagi sehingga 15 Januari 2022, lapor Xinhua.
Penggantungan tersebut melibatkan kemasukan warga asing sama ada melalui darat atau pelabuhan laut dan transit melalui Brunei.
Bagaimanapun, penggantungan sementara ini dikecualikan untuk perjalanan masuk dan transit yang telah diluluskan oleh kerajaan.
Merujuk penilaian risiko kementerian kesihatan terhadap pandemik Covid-19, Brunei mengisytiharkan penggantungan sementara perjalanan dari dan ke lapan buah negara antaranya Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Malawi, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe dibatalkan.
Jurucakap pejabat berkata pertimbangan untuk masuk dan keluar bagi perjalanan penting dari Brunei ke negara-negara yang tersenarai di atas kini dibenarkan, berkuatkuasa Sabtu, 1 Jan, 2022.
Sementara itu, pejabat itu memaklumkan syarat pertimbangan yang ditetapkan adalah tertaklukk kepada semakan Jawatankuasa Pemandu Covid-19 dari semasa ke semasa.
Pada Khamis, sebanyak lima kes baharu Covid-19 dilaporkan di Brunei Darussalam terdiri daripada jangkitan tempatan dan dua kes import.
Hal ini menjadikan jumlah kumulatif kes jangkitan Covid-19 di negara itu mencatatkan sejumlah 15,470.