Semasa

Bot tersangkut atas batu di tengah laut

SAINT HELIER : Pasukat penyelemat mengambil masa 12 jam untuk menyelamatkan kru-kru sebuah bot terperangkap di atas batu setinggi 3.04 meter di luar pantai Pulau Jersey, barat laut Perancis pada Jumaat lalu.

Kejadian itu berlaku selepas ia berlanggar dengan sebuah terumbu karang menyebabkan ia terperangkap di atas sebuah batu.

Beberapa kru bot itu yang mengalami kecederaan ringan kemudian diselamatkan dan dibawa menaiki sebuah lagi bot pelancongan Jersey Seafaris yang ketika itu berada tidak jauh dari tempat kejadian.

Operasi untuk menyelamatkan bot tersebut melibatkan bot-bot Institusi Bot Keselamatan Diraja (RNLI) dan anggota-anggotanya.

Ia melibatkan masa yang lama kerana menunggu air laut pasang bagi membolehkan ia ditunda ke Gorey untuk menjalani kerja-kerja pembaikan.

Hal ini kerana terdapat lubang pada bot tersebut namun ia kemudian ditampal oleh pasukan penyelamat dan ketika ditunda ia menggunakan pam bagi mengelakkannya tenggelam di tengah laut.

– AGENSI

Oleh Hafeez Anuar

 

Related Articles

Back to top button