KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kelantan akan memberi perhatian khusus atau ‘hotspot’ kepada 595 kawasan di negeri itu sepanjang fasa peralihan Monsun Timur Laut yang dijangka bermula November hingga Mac tahun depan.
Pengarahnya, PPjB Jainal @ Zainal bin Madasi berkata, kawasan ‘hotspot’ itu melibatkan 7 jajahan iaitu Pasir Mas, Tumpat, Gua Musang, Kuala Krai, Jeli, Pasir Puteh dan Kota Bharu.
“Kesemua kawasan ini akan diberikan perhatian lebih terutama dari segi persiapan, pemeriksaan dan sebagainya. Sepanjang Monsun Timur Laut ini, kita turut memberi fokus kepada kawasan bercerun yang banyak terdapat di Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perhimpunan Bulanan September 2022 di Dewan Utama JBPM Tunjong pada Rabu.
Dalam majlis sama, penyampaian Pingat Kehormat Kerajaan Thailand turut diadakan bagi meraikan Ketua Pencegahan Bencana & Mitigasi Daerah Narathiwat, Thailand, para pengarah serta pegawai JBPM Negeri Kelantan.
Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang Oktober ini sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir.
Menurut Tuan Jainal, dua lokasi iaitu Rantau Panjang dan Tambatan D’Raja dipilih sebagai kawasan latihan bagi meningkatkan kecekapan anggota dan pengujian terhadap kelengkapan menyelamat seperti bot, lori, helikopter dan sebagainya.
Latihan tersebut penting kerana anggota tidak hanya bergantung kepada modus operandi yang sama setiap kali berlaku bencana tetapi turut akan mencuba kelainan. Pada tahun ini, pihaknya meletakkan sasaran sifar kematian.
“Diharap banjir kali ini tidak seteruk sebelumnya. Bagaimanapun, pelbagai kemungkinan akan tetap dihadapi dengan adanya kerjasama daripada semua agensi serta kekuatan 1,300 anggota yang sedia ada,” katanya.
MAPIM MALAYSIA SIAP SIAGA DALAM MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
atau layari www.bantuummah.com
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038