Bomba gerakkan helikopter, bot dalam misi hantar vaksin
MERSING : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggerakkan helikopter jenis MI-17 dan menggunakan tiga unit bot bagi membantu misi penghantaran 200 unit vaksin untuk kegunaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergerak di kepulauan daerah ini.
JBPM dalam satu hantaran di Facebok memaklumkan, aset helikopter dikendalikan oleh Timbalan Penguasa Bomba I Ahmad Fissol Ismail dan dibantu oleh Penolong Penguasa Bomba Amir Fitri Salim termasuk tiga orang kru penerbangan.
“Aset digerakkan bagi membantu misi penghantaran 200 unit vaksin untuk kegunaan PPV bergerak di kepulauan dalam daerah Mersing.
“Turut serta dalam misi penghantaran tersebut adalah Penguasa Bomba Al Hasra Mohamed, Ketua Zon 2 bersama Penolong Penguasa Bomba Mohd Azhari Awi, Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing,” katanya.
Oleh Hafeez Anuar