DuniaSemasa

Bom meletup di Kabul, sekurang-kurangnya empat maut

KABUL : Kejadian dua letupan bom yang berlaku di barat Kabul, Afghanistan pada Rabu telah meragut sekurang-kurangnya empat orang awam terbunuh manakala dua lagi tercedera.
Menurut laporan akhbar Xinhua, letupan pertama berlaku di kawasan kejiranan Dashti Barchi kira-kira 4 petang waktu tempatan, membunuh empat penumpang bas mini dan mencederakan dua yang lain.
Sebuah bas mini turut musnah dalam kejadian itu.
Letupan turut berlaku di kawasan Dehbori yang berlaku kira-kira 30 minit kemudian dan pasukan keselamatan Taliban mengepung kawasan tersebut sebagai langkah berjaga-jaga.
Letupan kedua berlaku kira-kira 30 minit kemudian di kawasan Dehbori dan pasukan keselamatan Taliban telah mengepung kawasan itu sebagai langkah berjaga-jaga, katanya.
Dalam pada itu, setakat ini belum ada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.
-AGENSI
Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button