KerohanianSemasa

Boleh ke umat Islam ucap ‘Rest In Peace” (R.I.P)?

Kita sering lihat orang bukan Islam mengucapkan ‘Rest In Peace’ atau R.I.P kepada mereka yang meninggal dunia, namun ada juga umat Islam yang mengikut budaya itu kerana bagi mereka, ia adalah sebagai tanda hormat.

Tetapi hakikatnya, umat Islam dilarang untuk melakukan perkara sedemikian dan ia jelas termaktub di dalam nas.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP), Islam sangat menghormati kematian manusia di mana sunnah bagi orang Muslim mengucapkan takziah dan ucapan-ucapan yang baik kepada orang bukan Islam.

Ia dapat dilihat menerusi firman Allah SWT:

مَا كَانَ لِلنَّبِىِّ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَن يَسْتَغْفِرُوا۟ لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوٓا۟ أُو۟لِى قُرْبَىٰ مِنۢ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْأَصْحَٰبُ ٱلْجَحِيمِ

Maksudnya: “Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka.” Surah al-Taubah (113).

Menurut Syeikh Wahbah Zuhaili di dalam tafsirnya, konsep keimanan Islam dan kenabian tidak menerima pengampunan orang yang mati dalam keadaan syirik, maka tidak perlu memohon keampunan untuk mereka.

Manakala berdasarkan Syeikh Ahmad al-Sawi pula, jika tujuan doa tersebut untuk mendoakan agar dikurniakan hidayah Islam atau kebaikan dunia maka ia dibolehkan.

Bagaimanapun, apa sahaja ucapan takziah yang sesuai dan baik adalah dibolehkan kepada orang bukan Islam selagi mana dia tidak memusuhi agama Islam.

Dalam pada itu, PMWP turut memberitahu bahawa Islam adalah agama yang harmoni dan fleksibel termasuk dalam urusan duniawi tanpa mengira agama.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button