KerohanianSemasa

Boleh ke makan daging korban sendiri?

Menjelang Aidiladha yang berbaki beberapa minggu sahaja lagi, pastinya ada banyak soalan yang berkaitan ibadah korban akan muncul dalam kalangan masyarakat.

Antara persoalan yang kerap kali timbul adalah berkaitan, boleh ataupun tidak sekiranya seseorang itu memakan daging haiwan yang dikorbankannya ?

Bagi menjawab persoalan ini, kami merujuk jawapan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Menurut laman rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang telah dikeluarkan pada tujuh Ogos 2019, hukum memakan daging korban sendiri, dapat dibahagikan kepada dua keadaan iaitu sama ada kita melakukan korban sunat ataupun korban nazar.

Bagi yang melakukan korban sunat, sumber itu menggariskan tiga keutamaan yang boleh diikuti iaitu:

Disunatkan untuk orang yang melakukan korban untuk mengambil 1/3 daripada daging korban tersebut untuk diri sendiri dan menyedekahkan 2/3 daripada bakinya kepada golongan fakir miskin.

Atau, orang yang melakukan korban mengambil 1/3 daripada daging korban, dan mengagihkan 1/3 baki daripadanya kepada golongan fakir miskin, serta 1/3 lagi daripadanya diberikan sebagai hadiah kepada golongan kaya (seperti saudara-mara atau jiran-tetangga). Dalam hal ini, memberi sedekah kepada 2/3 kepada golongan miskin lebih afdhal daripada memberi hadiah kepada golongan kaya.

Namun cara yang afdhal ialah, seseorang yang melakukan korban tersebut sedekahkan keseluruhan daripada daging korban dan memakan sedikit sahaja daripadanya sebagai sekadar mengambil berkat. Hal ini kerana sedekah keseluruhan daging tersebut merupakan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT dan menjauhkan diri daripada sikap mementingkan diri sendiri. Manakala, memakan sedikit daripada daging tersebut sebagai beramal dengan zahir ayat al-Quran dan mengikut sunnah yang dilakukan oleh Nabi SAW. (Rujuk al-Mu’tamad Fi Fiqh al-Syafie: 485).

Manakala bagi yang melakukan korban korban nazar atau korban wajib yang telah ditentukan, maka dia wajib sedekahkan kesemua daging korban tersebut kepada golongan fakir miskin dan tidak harus untuk dia memakan sebahagian daripadanya. (Rujuk al-Mu’tamad Fi Fiqh al-Syafie: 485)

Kesimpulannya, jika melakukan korban sunat maka adalah afdhal untuk sedekahkan semua bagi mencapai tujuan korban dan memakan sedikit daripadanya untuk beramal dengan zahir nas Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.

Manakala wajib sedekahkan kesemua daging korban dan tidak boleh dia memakan sebahagian daripadanya jika melakukan korban nazar.

Mari melaksanakan ibadah korban bersama MAPIM Malaysia.

Mengapa MAPIM Malaysia?

✅ Haiwan ternak yang berkualiti dan terpilih.
✅ Antara harga termurah dipasaran
✅ Reputasi MAPIM yang dipercayai.
✅ Memudahkan urusan anda dari mula sampai akhir.

Ibadah korban adalah Sunat Muakkad iaitu sunat yang DI TUNTUT bagi umat Islam mengerjakannya.

Insyaallah ibadah korban yang dilakukan dengan penuh ketakwaan dan keikhlasan akan mendapat ganjaran besar yang berlipat ganda dari Allah SWT.

“Pada setiap helai bulunya itu kita akan memperoleh satu kebaikan.”  
(HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

Bersama saudara budiman untuk sertai ibadah korban dan maklumat lanjut, layari  www.ibadahqurban.com

ATAU

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016. 

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button