Bob Lokman meninggal dunia
PETALING JAYA : إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُون
Penulis lirik lagu Isabella dan Taman Rashidah Utama, Bob Lokman menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 3 petang tadi.
Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman,58, sebelum ini pernah dimasukkan ke hospital menderita penyakit jantung .
Allahyarham yang juga pernah menjadi seorang pelawak sebelum berhijrah disahkan meninggal dunia di kampung halamannya di Kubang Kerian, Kelantan.
Allahyarham difahamkan akan dikebumikan malam ini selepas waktu Isyak di Tanah Perkuburan Islam Pulau Hilir Kubang Kerian
Terdahulu, beliau terpaksa bergantung nyawa dengan jantung kombinasi bateri iaitu alat bantuan jantung, Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC).
Pada 8 April lalu, Bob dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Rawatan Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Sasmec@IIUM) di Kuantan, Pahang kerana mengalami masalah cepat penat.
Jun lalu, Bob turut mendedahkan bateri jantungnya hanya berbaki 10 peratus dan boleh pergi menghadap Ilahi pada bila-bila masa.