`Black Thursday’ bagi Palestin dan masyarakat Arab!
Palestin panggil balik duta di Emiriah Arab Bersatu
Jumaat yang menyuramkan buat masyarakat Islam tapi pastinya seluruh warga Palestin dan Arab.
Tergamam, apabila terang-terangan dikhianati apabila Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengiktiraf Israel sekaligus mewujudkan hubungan diplomatik dengan rejim Zionis itu.
Sebagai balasan Israel secara automatik menangguhkan seketika pelan penaklukan ke atas Tebing Barat Palestin.
Rancangan yang mendapat restu dan sokongan kuat Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang bertanggungjawab mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan seterusnya menaja ‘Deal of the Century’.
Menurut Penyelidik PhD di Fakulti Hal Ehwal dan Urus Tadbir Global, Universiti Leiden, Abdul Muein Abadi, perkembangan terkini ini adalah satu tamparan hebat bagi umat Islam, dan menimbulkan kesan yang ketra dalam penubuhan Palestin sebagai negara yang berdaulat.
https://www.facebook.com/1518563074/posts/10217114523564737/?d=n
“Sama-sama kita doakan semoga tindakan UAE ini tidak diikuti negara Arab dan negara Islam yang lain. Dalam masa yang sama, semoga ia menguatkan semangat umat Islam di seluruh dunia dan para pemimpin Palestin khususnya bagi terus berusaha dengan lebih keras demi wilayah suci ketiga umat Islam ini.”
Perjanjian semalam yang juga memperincikan satu kedutaan Israel bakal ditempatkan di UAE memberi tekanan dan membangkitkan kemarahan warga Palestin dan Arab.
Menyifatkan sebagai `Black Thursday’ lontaran kemarahan dihantar ke media sosial mempersoal tindakan UAE.
Tidak kurang kata-kata kesar dilemparkan dan memohon seluruh warga Arab bangkit menyatakan pendirian mereka.
Bukan sahaja daripada masyarakat Palestin, kata-kata kesal juga diterima dari seluruh dunia mengambil peduli nasib yang bakal diterima Palestin.
Difahamkan tiada sebarang maklumat awal diterima kerajaan Palestin berhubung perjanjian ini.
Langkah UAE itu juga menurut pihak berkuasa Palestin, mencabuli Inisiatif Perjanjian Arab 2020, yang antaranya menyatakan negara-negara Arab, hanya boleh menjalin hubungan biasa dengan Israel, tetapi tidaklah sehingga mewujudkan kedutaan seperti dipersetujui semalam.
Rentetan itu, Palestin dengan serta-merta memanggil pulang dutanya di UAE sebagai bantahan tindakan mendukacitakan itu.
Tindakan itu disahkan Menteri Luar Palesti, Riad Mailiki.
Sementara itu di Ramallah dalam satu kenyataan, Presiden Mahmoud Abas mendesak UAE menarik balik perjanjian yang sungguh menghinakan dengan rejim Israel itu.
Perkara itu dinyatakan sejurus selepas mesyuarat tergempar diadakan lewat malam tadi.
Beliau turut berkata UAEÂ tidak boleh bersuara mewakili rakyat Palestin, dan beliau menggesa Liga Arab memanggil segera anggotanya bagi membincangkan segera berhubung perkembangan terkini ini.