BanjirSemasa

Bintulu Banjir, air naik ke paras pinggang!

Pusat Penemindahan Sementera (PPS) dibuka pada jam 11:54pm di Dewan Suarah Bintulu

BINTULU: Hujan berterusan selama tiga jam menyebabkan beberapa kawasan di Bintulu dilanda banjir kilat, lewat malam Isnin.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii antara kawasan yang terjejas termasuklah di Kampung Kamunting dan Gem Park.

Susulan itu, sebuah Pusat Penemindahan Sementera (PPS) telah dibuka pada jam 11:54pm di Dewan Suarah Bintulu.

“Air naik tinggi di sesetengah tempat hingga ke paras pinggang!” jelas Ling Hii.

Kawasan lain yang dilaporkan terjejas adalah Kampung Baru, Desa Damai, Kampung Assyakirin dan Bukit Orang.

 

Ling Hii turut menjelaskan, pihaknya masih melakukan pemantauan rapi dan memindah segera mana-mana mangsa yang berada dalam zon bahaya.

Setakat malam tadi katanya, air menunjukkan trend menaik malah hujan turut lebat diikuti angin kencang.

Angkatan Pertahanan Awam Bintulu melaporkan mangsa banjir yang kini ditempatkan di PPS Dewan Suarah Bintulu adalah seramai 77 orang (25 Keluarga).

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak telah membekalkan mangsa banjir dengan bantuan awal antaranya kit kesegaran, kebersihan dan bantuan kelengkapan tidur.


MAPIM MALAYSIA DALAM SIAP SIAGA UNTUK MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR

Bersama kami membantu mangsa banjir melalui sumbangan infaq menerusi

Akaun Maybank

562263540066

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

atau layari www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button