Presiden Israel Isaac Herzog akan menyalakan lilin Hanukkah di Masjid Ibrahimi di bandar Hebron, Tebing Barat yang diceroboh.
Penduduk Israel menyerang warga Palestin yang tidak bersalah sejak Ahad dan berakhir pada 6 Disember, sempena perayaan Yahudi di mana ‘menorah’ – lilin bercabang sembilan – dinyalakan selama lapan hari siang dan malam sempena perayaan Hanukkah.
Pihak Berkuasa Palestin (PA) mengecam sekeras-kerasnya tindakan biadab Herzog tersebut.
Kementerian Luar Negeri PA mengkritik lawatan Herzog yang dianggap sebagai “provokatif” dan menyeru pentadbiran Amerika Syarikat Presiden Joe Biden untuk menghentikan pengembangan penempatan haram Israel di Tebing Barat.
Ia berikutan pengumuman rancangan Israel untuk membina penempatan baru di utara Baitulmaqdis Timur dan 372 unit perumahan di Hebron.
-AGENSI
Oleh Hafeez Anuar
_____________________________________
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia