Biadab! Aktivis anti-Islam Denmark bakar Al-Quran sengaja cetus provokasi
STOCKHOLM : Aktivis parti sayap kanan “Stram Kurs” atau “Hard Line” Denmark bertindak membakar senaskah Al-Quran pada Khamis di kawasan berpenduduk padat Islam di selatan Linkoping, Sweden, menurut laporan media.
Aktivis tersebut, Rasmus Paludan melakukan tindakan biadab itu dengan iringan polis meletakkan kitab suci Islam itu di atas jalan lalu membakarnya sambil tidak menghiraukan bantahan dari penduduk sekeliling.
Kira-kira 200 penunjuk perasaan berkumpul untuk membantah dan menggesa polis untuk menghentikan perbuatan bersifat perkauman itu namun, polis tidak mengendahkannya.
Sejurus selepas itu, kekecohan telah berlaku dan sekumpulan penunjuk perasaan itu menutup jalan lalu lintas dan bertindak membaling batu ke arah polis.
İsveç'te Danimarkalı aşırı sağcı Rasmus Paludan, polis koruması altında Kur'an-ı Kerim yaktı. pic.twitter.com/48gvu4PjQT
— Griffin (@griffincomtr) April 14, 2022
Ahli politik Turki Mikail Yuksel, yang mengasaskan Parti Kaum Berbeza di Sweden berkata provokasi Islamofobia di bawah perlindungan polis berterusan di bandar-bandar di seluruh Sweden.
Yuksel berkata Paludan dengan sengaja memilih kawasan kejiranan yang ramai penduduknya terdiri dari umat Islam dan tempat berhampiran masjid untuk mencetuskan provakasi.
“Di Sweden, yang kononnya lantang mempertahankan hak asasi manusia, kebebasan beragama dan hati nurani, namun insiden seperti Al-Quran dibakar di kawasan kejiranan umat Islam tetap berlaku di bawah perlindungan polis,” katanya.
-AGENSI