KAJANG : “Tak apa Uncle, tak payah bayar!
Begitulah ambulans Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM Malaysia yang berkhidmat.
Tidak mengira masa dan siapa yang berkehendak, tanpa beza dan agama, kepentingan yang memerlukan sentiasa diutamakan.
Khidmat ambulans MAPIM Malaysia tidak mengenakan sebarang bayaran bagi khidmat penghantaran pesakit bukan kronik ke Hospital sekitar Lembah Kelang sahaja.
Baru-baru ini, aktivis MAPIM, Mohd Siddiq Solomon dan Wan Abdul Hadi Wan Omar, yang sedang melakukan kerja pembungkusan pek-pek makanan untuk dihantar ke gudang Ummah Central MAPIM di Sepang, dihubungi.
Agnes, lingkungan 60-an, mengalami strok selama lima tahun dan memilih khidmat ambulans MAPIM untuk menghantarnya ke Hospital Serdang.
Tanpa berlengah masa, kedua-duanya bergegas ke Vista Angkasa, Kajang dan menghantar Uncle Agnes.
Begitu juga dengan Pakcik Hamzah dari Kampung Bahgia, Bangi serta Syed Muhammad Ali Sherazi.
Kedua-duanya masing-masing mengalami strok dan patah kaki mendapatkan khdimat MAPIM, kerana dari sudut dekat dengan kawasan tempat tinggal dan paling penting percuma.
Kata mereka, bukanlah mereka suka meminta-minta atau bak kata orang sekarang, `barang free’, tetapi dengan keadaan ramai yang terikat dengan keadaan kewangan, khidmat ini pun bagi mereka sudah amat besar dan bermakna.
MAPIM memiliki puluhan ambulans yang bukan sahaja berkhidmat di dalam negeri bahkan di luar negara seperti di Gaza, dan juga di Syria.
Sebanyak 10 buah ambulans MAPIM bertugas siang dan malam menghulurkan bakti buat penduduk Gaza, di Palestin dalam kekangan manusia berdepan COVID-19.
MAPIM Malaysia menjemput sahabat penderma budiman untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan di dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300, RM500, RM3,000 & RM5,000 untuk bekalan bantuan makanan serta khidmat Ummah Mobile Clinic serta bantuan khidmat lain. Sumbangan boleh dibuat melalui:
WWW.BANTUUMMAH.COM
ATAU
menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066