Amasya : Berdasarkan tarikh lahir pada lesen memandunya, Seker Arslan lahir pada 27 jun 1902. Ini menjadikan beliau wanita tertua di Turki dan mungkin juga di dunia.
Media tempatan Turki melaporkan, Arslan menyambut hari jadinya dengan dikelilingi keluarga besarnya di Kota Amasya. Arslan mempunyai enam anak, dan 12 cucu. Keluarganya menghadiahkan 120 kuih kepadanya.
Beliau dikatakan mewarisi umur panjang daripada ibunya yang berusia 110 tahun. Salah seorang anaknya, Yueksel memberitahu bahawa rahsia ibunya adalah pada amalan pemakanannya.
“Madu, mentega, dan keju memang harus ada di meja makan. Dia juga sudah terbiasa membuat yogurtnya sendiri, dan memakan telur rebus setiap pagi,” kata Yueksel.
Menurut Daily Mail, Arslan tidak ada apa-apa masalah kesihatan kecuali Alzheimer. Yueksel juga memberitahu bahawa ibunya hanya kesal kerana cucu-cucunya belum memberikannya cicit.
Yueksel dan keluarga sempat cemas apabila enam bulan lepas dia disahkan positif covid-19, sedangkan ibunya tinggal bersamanya. Mujur, Arslan tidak terjangkit covid-19 dan memberitahu media Turki bahawa dia sangat bersyukur.
Namun, covid-19 bukan satu-satunya perkara bahaya yang pernah Arslan hadapi. Dia hidup ketika Perang Dunia 1, wabak flu Sepanyol, runtuhnya Empayar Uthmaniyah, dan Perang Dunia Kedua.
Kini, pihak berkuas Amasyua mahu mendapatkan sijil pengesahan berkenaan usia Arslan. Sekiranya ia disahkan, Arslan akan menjadi manusia tertua di dunia, yang ketika ini rekod itu dipegang oleh perempuan Jepun, Kane Tanaka yang lahir pada 1903, dan sekarang berusia 118 tahun.
Rekod manusia paling tua masih dipegang oleh Jeanne Calment, wanita dari Perancis yang lahir pada 21 Februari 1875, dan meninggal pada 21 Februari 1875 ketika umurnya 122 tahun.