AMPANG: Menteri Dalam Negeri dan pengasas bersama Pertubuhan & Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Malaysia telah sekian lama menjadi pendukung kepada usaha pembebasan Palestin antaranya melalui gerak kerja bantuan kemanusiaan pelbagai NGO, penghantaran bantuan terdesak, menyediakan kemudahan biasiswa pendidikan kepada anak Palestin dan advokasi politik.
Walaupun berbeza pandangan dalam fahaman politik, rakyat Malaysia tetap bersatu hati apabila dalam soal perjuangan Palestin.
“Kita mempunyai iklim politik yang baik, walaupun berbeza pendapat tentang politik, tetapi apabila menyentuh soal perjuangan Palestin, kita bersatu. Malaysia dan Palestin kita adalah bersaudara dalam iman serta insan,” katanya kepada media semasa sidang media Majlis Berbuka Puasa Tahunan Bersama Masyarakat Palestin di Malaysia (The 10th Annual Grand Iftar with the Palestinian Community in Malaysia), anjuran Pertubuhan dan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) di Hotel Flamingo, Ampang pada Selasa.
Saifuddin yang juga pengasas bersama PCOM seterusnya menambah, tujuan asal PCOM adalah untuk menggerakkan usaha menyebarkan maklumat tentang perjuangan masyarakat Palestin kepada rakyat Malaysia.
“PCOM yang saya asaskan bersama Datuk Seri Zahid Hamidi dan pemimpin politik lain daripada pelbagai parti politik 13 tahun lalu bukan sahaja menaungi masyarakat Palestin di Malaysia malah turut memberi sokongan dan bantuan kepada sebahagian daripada mereka untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan yang kami berharap apabila mereka pulang ke tanah air mereka akan menyumbang semula kepada pembinaan negara Palestin.”
“Kami ingin mengajak rakyat Malaysia untuk bersedia berfikir di luar kotak, bukan sahaja dari segi bantuan sokongan moral, bantuan pakaian dan bantuan perubatan. Kita bersuara, bertindak, pertahan Al Aqsa dan bebaskan Palestin dengan segala cara,” jelasnya.
Beliau juga melahirkan rasa terima kasih kepada semua pertubuhan NGO dan pemimpin Malaysia, yang banyak menyumbang kepada majlis berbuka puasa hari ini untuk masyarakat Palestin yang tinggal di Malaysia.
“Saya amat bersyukur majlis hari ini berjalan lancar dengan sokongan NGO dan tokoh negara seperti Datuk Seri Syed Hamid Syed Jaafar Albar yang merupakan bekas menteri kanan negara kita dan banyak memberi nasihat dan pandangan kepada PCOM,” katanya.
Turut sana hadir adalah Speaker Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul, Presiden PCOM Muslim Imran dan 600 komuniti Palestin di Malaysia.
BACA JUGA
Remaja di Baitulmaqdis jadi mangsa peluru israel
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank
Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia